Tuesday, 25 December 2012

Bio Oil

Kali ni aku nak cerita pasal minyak bio oil. Minyak ni fungsi utamanya ialah untuk menghilangkan parut2 dan menghaluskan kulit2 yg keras dan kasar serta menyeragamkan warna kulit yg tak sekata.

Aku beli minyak bio oil ni adelah untuk menghilangkan kesan2 hitam pada bahagian siku dan kesan hitam dekat tumit kaki tu especially yg sebelah kiri (kesan solat sbb tahiyat akhir duduk atas kaki kiri -kuat benor semayang kot..hahaha).


Harganya takdelah mahal sgt, yg botol kecik tu dlm RM30 lebih dan tahan lama bergantung cara penggunaannya, klu guna banyak dan meliputi kawasan yg luas maka cepat la abis. Baunya okey la, slow je wangiannya tak melampau2. Kesannya positif tapi agak perlahan, dan anda kena gigih menggunakannya. Tanda2 hitam tu berkurang, tapi lepas balik dari tanah suci kesan kat tumit tu dtg lagi, aku ingat nak start guna semula.

Sekarang ni aku duk berebut dgn anak dara aku, ye la dia pun nak guna untuk menghilangkan parut kudis dia masa kecik2 dulu. Aku janji nak beli yang baru. So untuk mereka yang nak hilangkan parut tu, minyak bio oil ni boleh dipertimbangkan jikalau anda adalah seorang yg penyabar dan gigih. Klu nak serta merta tu mintak maap le...mmg tak nampak sangat kesannya.





Thursday, 20 December 2012

Garnier White Complete

Bila tgk produk ni, teringat kat Lisa Surihani sebagai duta, maka ramai lah memasang angan2 agar wajah dan kulit secantik Lisa (entah lisa guna ke tak produk ni) sebelum wujudnya Garnier ni, kulit lisa memang dah cantik, orang pun tersangatlah cantik.


Aku beli mende alah ni masa nak ke Makkah ari tu, yelah punya nak protect wajah ni. Tapi krim ni tak membawa apa2 kesan pada aku, mungkin penggunaannya singkat dan takde improvement. Aku rimas guna sbb rasa melekit dan bertompok2. Akhirnya tak lama dan tak sempat abis aku buang jer. Adelah baki suku tiub jer lagi.

Mungkin ade kesan bagi org lain tp tidak bagi aku. Ianya memang tak sesuai, maaf la ye Garnier..biarpun miss world jadi duta, aku takkan beli..

Tuesday, 18 December 2012

Fadeout Eyecream

Okey, now aku nk introduce sejenis lagi barang kosmetik yang best iaitu eyecream Fadeout White. Aku beli kat farmasi Saudi Arabia gak ni. Masa kat madinah cuaca kering sesangat sampai aku rasa lingkaran mata cam tak selesa. Punyala aku duk tilik at last aku syok produk ni punya. Kalau tak salah made in England.







Yang best sangat, ianya tidak berminyak, tidak melekit dan tidak berbau. Warna cream ni seakan2 warna coklat lembut (warna kulit cerah) jadi bila kita touch up dgn bedak muka ianya memberikan kesan yang cantik pada lingkaran mata. Kadang2 aku time terpicit banyak krim ni aku sapu plak kat atas dahi dan klu ade baki letak plak kat pipi cam jadik foundation plak..huhuhu.

Tapi serious aku bagitau, best betul pakai krim ni..aku pernah try eye cream safi rania, pernah guna garden of eden (vitamin E for wrinkles), sume tu tak selesa dan kesan tak ketara sangat.Pakai cream ni, korang leh rasa kesannya serta merta, kulit rasa soft, kedutan berkurang, cuma lingkaran gelap tu mungkin ambil masa yg lama untuk hilang tapi memang ade improvement.

Tak pasti kat Malaysia ade jual ke tak...yg pasti aku ade stok lebih untuk eye cream ni..huhuhu...

Sunday, 16 December 2012

Himalaya Clear Complextion Whitening Face Wash

Dah lama aku janji nak update pasal pencuci muka yang amat2 besh ini. So hari ini aku berkesempatan jugak buat n3 ini setelah si kecil tido.

Inilah dia rupa cleanser yang paling best yang pernah aku guna seumur hidup aku iaitu Himalaya Clear Complextion Whitening Face Wash.



Dengan kebaikan saffron mmg smooth kulit ni dan yang paling seronok jerawat segan nak keluar walau berpeluh, berminyak atau pun bermekap.

Sayang sekali kat Malaysia takde jual pencuci muka jenis ni, aku beli kat Saudi Arabia masa gi Haji ari tu, kalaulah aku tahu sampai begitu kuasa kesannya, gerenti aku borong berbotol2 dan sekarang dah habis aku guna. Kulit memang licin dan liang pori mengecil. Bau dia pun sedap, lembut jer, kurang buih.

Selain tu memang kulit menjadi cerah sekata, tapi itu la, malang btol xde kat sini..frustnyer, aku try jejak dan setahu aku kat singapore ade rasanya. Agak2nya Himalaya kat Mid Valley tu ade tak mnde ni? Setakat aku cari hanyalah di farmasi2 spt gurdian dan watson, mydin pun xde.

Tolong la sape2 yang bleh dapatkan pencuci muka ni bagitau aku ekk, kempunan sesangat nak guna!! Dan sementara aku dptkan stok pencuci muka himalaya ni, aku gunakan sejenis produk menggantikannya. Boleh tahan gak, cuma tak pasti kesan camne. Aku beli kat jakarta tapi produk ni komersial je, kat Malaysia dan pasaraya2 pun banyak jual. Nak tau aper? aku akan ceritakan kalau ianya bestt...huhuhu

Tuesday, 20 November 2012

I'm Back...

Salam,

Kembali aku dengan selamat ke Malaysiam satu2 yg aku puja2 ialah ingin memeluk anakku Izzah!! Ya Allah, gembira tidak terkata..Apapun lega sudah setelah aku dan suami dapat menyempurnakan Rukun Islam ke-5, semoga berkesempatan menunaikannya lagi untuk kali ke-2..Ins sha Allah...

Okey sekarang aku nak senaraikan barang2 penjagaan diri yang aku bawa dari Malaysia sebelum berangkat ke Tanah Suci. Ade yg perlu dan ade yg tak perlu, huhuhu..






Kalau korang tengok barang2 yang aku snap tu, rasanya sume dah nampakkan produk aper...

Sekarang aku senaraikan ikut tangga keperluan.

1. Nivea Sunscreen Lotion
2. Vaseline SPF Lotion
3. Silky Girl Lip Balm (warna cherry)
4. Garnier SPF Moisturiser
5. Bedak Compact Johnsons & Johnsons
6. Bedak Badan Johnsons & Johnsons
7. Pixy Compact Powder
8. Vitamin C 1000mg
9. Ubat Sakit Urat 2 Istimewa (maajun mama aku yg proposed)

Yang takde dlm gambo atas tu plak ialah:

1. Vaseline Petroleum Jelly
2. Redoxon - Vitamin C 1000mg
3. Vick Vaporub
4. Garnier Cleanser
5. Eucerin Bodywash
6. Syampu Dove Hair Fall Control

Yang aku beli kat Mekah / Madinah - Nahdi Medical (farmasi)

1. Himalaya Clear Complextion Whitehing Face Wash
2. Oil Of Olay Moisturiser
3. Eye cream


Dalam barang2 yang tersenarai aku tak guna Ubat sakit urat (mungkin sbb usia yg tak begitu tua dan tiada masalah sakit urat..hehehe) Yang lain semua guna cuma ade yang kurang pakai cam bedak compact J & J tu, aku beli yg warna putih, since kat sana mostly pakai tudung putih dan telekung solat, so aku takmo la ade kesan bedak warna kuning2 coklat melekat kat sekeliling tudung tu, klu jenis rajin nyental takper la jugak..ni basuh dgn tangan, ngeeee...

Bedak muka aku pakai time period jer..pastu mana ade masa nak tepek bagai. Ye la, nak gak belai2 muka kan, sian dia klu tak tacap..huhuhu

Di sini, barang yang paling penting skali ialah, losyen nivea tu..mmg berguna utk mengelakkan tangan korang menjadi gelap akibat sinaran mentari di sana, tp kelemahannya ialah..lama2 rasa cam kering, so bile belah malam pakai losyen vaseline tu, so it balance.

Lip balm teramatlah penting, coz bibir korang pasti akan merekah, atau menggelupas klu tak guna lip moisturiser tu especially kat Madinah, mmg kering betul cuacanya berbanding mekah, semua ni kena tgk musim gak la sbb time aku gi sana mekah tgh nak masuk musim sejuk. Klu tak bawak lip balm,leh aje guna vaseline patroleum jelly tu, leh sapu kat bibir, kat tumit or any dry part on your body la..kat mekah pun byk jual mnde2 camni if korang terlupa nak bawak.

So, masa kt sana aku pakai krim garnier utk kasi moist muka aku, mmg tak menjadi la, that why aku beli olay. Bagi aku olay ni berminyak sikit sbb klu kat Malaysia aku pakai olay mmg naik jerawat..kat Mekah okey plak..tp pakai belah malam la, klu siang naik rimas dgn peluh kat muka, rasa melekit plak.


Untuk Vitamin C mmg bagus diamalkan awal2 utk elak selsema, so far aku kena gak selsema..tak teruk dan tak lama..sehari dua je.Dan kat sini aku nak bgtau produk yang paling best skali ialah Himalaya Facewash tu, rasa smooth gile..aku tak tahu kat Malaysia ade jual ke tak...nanti aku snap pic pencuci muka tu..Sanggup bawak balik, bungkus bagai sbb sayang gile dgn produk ni.Oleh kerana pencuci muka garnier habis la aku replace dgn himalaya ni, tp tak sia2 la..best sungguh, memang recommended laa.

Nanti aku snap pic himalaya facewash dgn eye cream tu ye, eye cream aku beli kt madinah sbb kering sangat dan rasa lingkaran mata tak selesa.Kiranya okey la produk tu. Kita sambung nanti ye..











Tuesday, 23 October 2012

Wukuf Di Arafah 1433 Hijrah

Esok tanggal 24 oktober 2012, 8 zulhijjah kami jemaah haji Malaysia semua akan berangkat ke padang Arafah untuk berwukuf di sana. Ini merupakan rukun Haji, jika tertinggal melakukannya maka haji tidak sah. Dan di sunatkan untuk umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Kami jemaah haji tidak digalakkan berpuasa kerana kami memerlukan tenaga untuk beribadat di padang masyar dunia ini. Dianggarkan 3 juta umat Islam berada di sini nanti. Ingin benar aku nak upload gambar2 yg aku snap sepanjang berada di Tanah Suci ini...tapi apakan daya aku tak dapat berbuat demikian. Tambhan pula dengan menaip dengan telefon membuatkan jari2ku cepat cramp..huhuhu.. Selain itu sepanjang berada di sini kami ada mendengar desas desus yang seramai 5 org jemaah haji Malaysia hilang sewaktu menaiki kereta untuk melakukan umrah dan berniat di tanah halal tanaim...belum ada berita yg mereka dijumpai..sedih betul mereka semua rakan sebilik..cam aku la jugak semua 5 org...ada yg 7 orang..3 org dan 8 org. Menurut sumber2 yg dipercayai, kawan kami seorang ustaz yang juga penduduk di sini mengatakan kejadian seperti ini jika berlaku, amat payah utk mangsa2 di temui semula. Amat memilukan sekali beliau mengatakan bahawa penculik biasanya membunuh saja mangsa2 culik setelah mereka tiada kepentingan lagi....Ya Allah! Mengapa ada segelintir manusia melakukan perkara keji di tempat suci ini!! Dan dimaklumkan oleh org yg kejadian jenayah dilakukan biasanya adalah mereka yang bukan penduduk asal mekah. Semoga Allah melindungi mereka yang hilang tersebut..amin....

Sunday, 30 September 2012

At Madinah

Testing via phone..sekarang hari ke-2 aku berada di Madinah Al-Munawarah..nnt. aku cuba nk up pics.Nampak gaya aku xleh upload gambo. Setiap kali klik mesti direct pegi kt function link...mmg noob giler klu blogging neh.

Monday, 24 September 2012

Haji 1433

Nampaknya blog aku bakal bersawang dalam tempoh 2 bulan kerana aku bakal mengerjakan rukun Haji pada 29 Sept 2012. Kalaulah ade masa aku nak gak apdet berita dan cerita sewaktu di Tanah Suci, tp ibadat perlu diutamakan.

Ini pun dah lama tak sempat apdet atas sebab-sebab persiapan ke sana, doakan aku selamat pergi dan pulang dan semoga dipermudahkan urusan ye kawan2..Amin

Monday, 17 September 2012

Nouvelles Visage (NV)



Nouvelles Visage (NV) mula aku guna pada tahun 2005, masa itu mama aku yang guna (terjebak dengan pengaruh kawan dia). Harga skincare ni bleh tahan mahal jugak bagi surirumah cam mama, maka cara pemakaiannya sungguh teliti dan berjimat. Produk ini terdiri daripada:

1.sabun muka (sabun ada 2 warna putih & hitam- setakat aku pernah beli)
2.Toner A
3.Toner B
4.Day cream (foundation)
5.Night day cream
6.Milk cleanser.

Toner A digunakan pada siang hari dan toner B digunakan diwaktu malam selepas mencuci dengan sabun pencuci wajah. Sabun tu aku suka warna hitam sebab kesannya lagi cepat dari yang warna putih jernih tu. Sebelum guna sabun, guna milk cleanser dia dulu, tapi ntah la aku takleh guna milk cleanser tu, mmg betul la dia leh remove make-up dan kekotoran tapi tiap kali guna mesti naik jerawat. Maybe sbb mende tu cam berminyak dan menyumbat lubang pori muka, mungkin itu puncanya kot. Biasanya lepas guna milk cleanser tu kulit akan jadi cam smooth and moist sesangat, nasib la aku xleh pakai.

Dulu2 masa aku menerai produk ni teramatlah siksa terutamanya apabila mengunakan Toner B dia tu, amatlah pedih dan terasa panas apabila disapu ke kulit muka. If masa tu korang ade luka atau jerawat yg baru pecah, aku berani kata mesti mata korang jadi ala jepun sebab menahan pedih. Aku rasa ianya mengandungi bahan pengelupasan (atau hidroquinon) yg tinggi sebab lepas guna 2-3 kali gerenti kulit akan mengelupas.

Of course la, bila selalu gelupas kulit akan menipis dan kelihatan kemerah2an, so masa tu slow2 la aku stop guna toner B. Toner A dia okey jer. Untuk day cream sangatlah best dijadikan foundation dan amat bagus. Menggunakan produk ni membuatkan seperti bahan kimia bertempek dia muka, mmg cantik tapi rasanya berbahaya. So aku pun stop...maka aku beralih kepada Tia Amelia.

Namun, bila masalah pada wajah aku timbul aku beli balik produk ni, tapi ketara betul perbezaannya, Toner B atau sabun pencuci wajah nya tidak menyengat lagi seperti dulu. Tidak lagi pedih bila menggunakan Toner B dan penggunaan sabun tidak juga berkesan buat aku, sedih sesangat rasanya, mungkin dulu kandungan kimia yang berbahaya tinggi, dan kini kandungan itu dikurangkan. Maka kesannya amat lambat, kena plak jenis aku on off je pakai...kesannya so-so jer..hurmm, maka aku teruskan perjuangan ku menjejak produk lain.....

Untuk NV aku rate 4 bintang...berkesan tapi bahaya (itu dulu) skg aku rasa sama cam Tia Amelia gak la.

Monday, 10 September 2012

Skin Care - Tia Amelia





Orait, entry kali ni aku nak cerita pasal produk penjagaan kulit Tia Amelia. Produk ni agak mudah diperolehi dan agak tersohor memandangkan harga yang boleh dimiliki oleh kebanyakan orang dan testimoninya amat memberangsangkan.

Aku pernah menggunakan produk ini setelah melihat keberkesanannya pada biras aku, mmg cantik, bersih dan putih berseri. Apalagi aku pun teruja menggunakanya..mmg okey tapi jerawat mmg sentiasa singgah setiap bulan. Mmg aku camtu, jerawat suka bertandang, keluar satu..hilang keluar satu hilang..mmg sentiasa dikunjungi olehnya.

Aku suka sunblock-foundation, mmg best sbb kulit tak berminyak dan tona warnanya seperti warna kulit aku..aku pakai dgn bedak silky girl two-way cake..mmg santek laa..huhuhu

Krim kunyit aku tak guna sangat sbb warna kuning tu meninggalkan kesan pada pakaian aku atau di sarung bantal since pakai mlm2 hari dan aku bukanlah jenis yang sopan santun kalau tido..lain la cam org jepun tu, bantal seciput je leh mainten tempat asal.

Krim putih tu aku takleh pakai, once lepas pakai sabun pembersih wajah..malam2 kena pakai krim pemutih tu,tiap kali aku pakai mesti rasa rimas..berminyak dan gatal, so aku stop. Yang aku guna adalah sabun Tia Amelia, toner dan foundation dia je.

Selain guna sabun pembersih muka tu, aku ade beli sabun pembersih dalam bentuk cecair dan toner Tia Amelia. Cecair pembersih tu okey la, takde warna dan bau wangi..best sesangat menggunakannya, tapi toner aku mmg takleh pakai, rasa melekit. Actually aku ni dgn semua jenis toner xleh guna, sume rasa melekit melainkan toner produk NV.

Aku stop pakai produk Tia Amelia sebab selepas suntikan meningitis tu, aku naik gatal2 serta meninggalkan kesan hitam dan Tia Amelia tak mampu menghilangkan kesan tu, so bermulalah pencarian aku untuk produk yang lebih berkesan...

Untuk produk Tia Amelia aku rate 4.5 bintang..best!










Thursday, 30 August 2012

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 55

Salam,

Cukup 55 tahun Malaysia merdeka, syukur aku berada di bumi bertuah. Tiada apa sangat yang hendak aku luahkan cuma yang paling penting selaras dengan tempoh ini biarlah Malaysia menjadi negara yang bebas jenayah dan maksiat. Tiada guna mencapai kemerdekaan 100 tahun dan amat maju sekalipun jika tidak aman di negara tencinta ini. Amin..

Wednesday, 29 August 2012

NN Glutamix Glutathione

Entry kali ini adalah kisah pasal produk pemutihan kulit dari dalam iaitu Glutathione. Apa itu Glutathione? boleh tanya pakcik Google, akan ade banyak sumber menceritakan apa itu Glutathione.

Aku mula terjebak dengan penggunaan Glutathione dalam 2 bulan. Ini disebabkan kulit wajah aku telah disahkan menghasilkan pigmentasi yang amat luarbiasa sekali sampai ramai sangat orang tegur, apsal jadi camtu..kenapa, sedih gak sebab aku memang takmo jadi gitu.

Semua ini berlaku selepas aku mula inject meningitis (Vaksin) sewaktu ingin menunaikan ibadah umrah 1433 bulan Mac 2012. Bermula kulit terasa gatal, bila mana berpeluh usah cerita la, miang sekali. Ditambah pula cuaca panas dan peluh di sana membuatkan melanin aku semakin bertambah.

Bila jumpa doktor, katanya sistem pertahanan badan aku lemah, dan aku kena inject steroid utk memperkuatkan sistem imun. Lepas inject, maka hilanglah gatal2, tapi kesan bekas aku garu itu membuatkan aku rasa tak senang hati, seolah2 menjadi lebam.

Maka dengan itu aku mula mencari produk yang dapat menghilangkan tompok gelap akibat penghasilan lebihan melanin, iaitu Glutahione. Rupanya terlalu banyak produk kecantikan berasaskan Glutahione ni, cuma sebelum ni aku memang tak ambil kisah sebab aku tak pernah nak consume mende2 bagi kulit putih ni pasal aku dah puas hati dengan warna kulit aku.

Kadang2 risau gak nak guna produk tempatan,risau akan kandungan unsurnya bahaya atau tak,  maka aku cuba NN Glutamix L-Glutathione. Produk ni dari Cosway.

Nn Glutamix L-Glutahione

Setakat ini aku consume 3 botol, harga bleh tahan la RM88 sebotol sebanyak 30 tablet. Digalakan makan 4 biji sehari 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelum tidur. Masa aku beli kebetulan ade sale, buy 2 free 1. Berbicara soal glutamix ni, aku suka akan rasanya memandangkan ianya tablet kunyahan seperti memamah tablet vitamin C. Kandungan Glutathione dalam Glutamix amat sikit iaitu sekitar 150mg untuk setablet. Sedangkan produk2 lain boleh mencecah hingga 1,000mg - 200,000mg (produk yang diragui kesahihan kandungannya).

Kesannya agak lambat sebab kandungan Gluta yang rendah, agaknya aku kena consume sampai 6 bulan baru nampak hasilnya, cuma boleh dikatakan kesan lebam di bahagian badan agak pudar, cuma kat wajah tu amat payah untuk melihat hasilnya, seolah2 aku tak berbuat apa pun bagi menghilangkan pigmentasi tu.

Jadi aku ingat nak tukar produk lain yang lebih tinggi kandungan Gluta tapi agak risau. Nampaknya kena bersabar dulu dengan Nn Glutamix ni. Untuk produk ini aku rate 2.5 bintang.





Saturday, 25 August 2012

Kawalan Berat Badan - Appleslym






Tadaa..inilah Appleslym yang aku guna. Tujuan aku beli menda alah ni memula adalah untuk detox, sebelum ni aku ada guna Lennox Dtox, ada la aku baca review yang orang guna Lennox Dtox ni, pepagi perut lawas, mmg pagi2 dating dengan toilet la, tapi aku guna Lennox Dtox langsung xde kesan ape2. Aku beli yang trial punya ade 6 sachet percuma shaker.

Berbalik cerita tentang Appleslym ni, 4 jam je perut aku mula meragam, mmg akan membuang sehingga titisan terakhir la jawabnya.Dating dengan toilet sekurang2nya 4-5 kali gak sehari. Kempis perutku..huhuhu, selain tu Appleslym ni bertindak mengempiskan bahagian di mana lemak berkumpul seperti pinggul, peha, perut, lemak kat dada, lengan dan betis. Bagi aku mujarab la apa yang produk ni janjikan.

Caranya minum Appleslym ni selepas makan malam, rasanya masam2 skit cam buah epal hijau la. Skali imbas mmg serbuk dia tu sebijik cam Lennox Dtox, cuma rasanya masam dan sikit manis. Kena banyak minum air since kita membuang segala makanan dlm perut tu  skali dengan bendalir.

Agak senak jugak perut masa memulas, tapi takde la sesenak cam teh orang kampung. Mama aku mengamalkan minum teh orang kampung, sampai pernah terbuang dalam kereta. Takleh tahan punya pasal. Rasanya aku akan consume mende ni sebagai bahan untuk aku berdiet. Klu rasa makan malam banyak sangat, confirm aku akan minum Appleslym ni.Setakat ni aku tak minum hari2, adelah 2 hari skali atau 3 hari skali, aku xnak kasi kejut perut aku ni, bimbang jugak kan hari2 tercirit. Untuk produk ni aku rate 4.5 bintang!




Hari Raya 1433 Hijrah

Salam Lebaran, maaf zahir batin.

Sunyi sepi mentang2 cuti raya 9 hari, nak hapdet blog pun mmg tak dan la..malam raya sempat lagi menjahit langsir roman blind untuk tingkap dapur aku yang lama 'dogol' hehehe, kol 5.30 pg beb baru aku selesai, sib baik la aku tengah period, terbabas subuh tade hal la. Btw raya2 ni mmg habis la hasrat aku nak berdiet, sebelum ni bulan puasa aku cuba untuk kurangkan makan nasi, mmg terasa turun berat badan (sorry aku takde weight scale). Cuma mmg perut kempis la, tapi masuk raya sume aku baham..ketupat, soto, bakso, nasi minyak, rendang, nasi kuning, nasi dagang..nasi putih usah cite la. Bile mana orang balik kampung, rumah dah penuh dan ramai orang, makan ikan kering nasi putih saja pun sedap woo.

Okey, next entry aku nak cerita produk yang aku guna bagi menyingkirkan makanan2 terlampau yang aku makan sewaktu lebaran :)

Wednesday, 15 August 2012

Set Penjagaan Tangan Dan Kuku

Ok, permulaan aku nak cite pasal masalah tangan aku yang amat mudah mengelupas dan kasar. Ini adalah kesan daripada aku yang amat rajin membasuh pinggan dan mengemop lantai.

Untuk makluman, aku guna pencuci sunlight yang memelihara tangan tu, kononya la..tapi mungkin pengunaan yang kerap dan banyak menyebabkan tangan aku tak terpelihara juga. Maka dengan itu tiap kali selesai mencuci pinggan mangkok, kuali, periuk dan gelas2 gerenti tangan aku terasa amat kasar dan seakan kulit tapak tangan aku berbulu gitu, amat tidak menyenangkan.

Selain dari itu, kulit di sekitar jari juga mengalami gelupas dan kering, kadang2 tangan aku yang gatal dan miang ini menarik kulit tersebut hingga berdarah dan terasa amat pedih tiap kali terkena air.Maka dengan itu aku try la tanya pakcik google, ade blog mana ntah akak tu cite dia beli produk body shop. So apa lagi, kebetulan aku singgah di Mesra Mall Kemasik, aku sambar la set yang SA dia advice.

Ini dia produk Body Shop Almond Oil.


Memandangkan aku jenis rajin hangat-hangat taik ayam, kadang pakai dan kadang tidak. Tapi bagi aku produk ni okey, dan menjadi la. Tangan aku tetap kasar tiap kali mencuci pinggan tapi gelupas sekitar jari dekat kuku tu dah tak berlaku lagi. Ade improvement jugak la walaupun pemakaian agak tidak konsisten, seminggu 2 kali jer.

Cerita tentang produk ni, bau dia sedap dan lembut. Yang jenis tiub tu dipakai waktu siang, manakala yang dalam bekas tu dipakai di waktu malam. Yang jenis stik tu, muncung dia bebulu untuk disapukan di tepi keliling kuku. Untuk keluarkan cecairnya hanya pusingkan pemegang bawahnya, alaa..cam lipstik gitu je.

Aku nak nasihatkan klu nak pakai krim camni seeloknya masa nak tidur dan make sure yang korang tak buat ape2 dah sebab ianya agak berminyak, sampai aku nak pusing tombol pintu bilik pun cam tak selesa, kot2 melekat di tombol tu.

Selain untuk penjagaan tangan, SA dia bagitau almond oil cream ni leh apply kat kaki jugak, even Body Shop ade set produk untuk kaki tapi aku tak prefer sangat nak beli sbb yang ni dah bleh guna jadi aku guna jugak la untuk kaki (time rajin je).

Itu je cite pasal produk ni dan klu mintak aku rate produk ni, aku bagi 3 bintang.



Tuesday, 14 August 2012

Permasalahan

Okey, sekarang aku nak cerita masalah2 yang aku hadapi menginjak di usia 30-an.

1. Kulit Wajah

Agenda utama sekali, yelah sape yang tak hirau tentang kulit wajahkan? sorry to say ade sesetengah orang menjaga kulit wajah sahaja tanpa menghiraukan part lain2 seperti tangan, kaki, leher, badan, betis dan peha. Hinggakan terserlah hanya wajah yang berseri tapi bahagian2 lain kelihatan gelap dan kusam.
Antara yang aku hadapi ialah kedutan pada bahagian mata, kulit kusam berbintik hitam dan kini mengalami masalah jeragat dan pigmentasi...adohaii..jerawat pun ader, tension-tension.

2. Bentuk Badan / Berat

Biasalah kalau dah bergelar ibu apatah lagi melahirkan 4 orang cahayamata, setiap seorang aku akan mengumpulkan pertambahan berat badan sebanyak 5 kilo. Masa anak dara dulu (masa kawin) berat aku 40kg, jadi 4 orang anak X 5 kilo = 20 kilo. Yup berat badan aku 60kg! sangat merungsingkan!! Body usah kira la..bahagian perut agak bermasalah besar!!

3. Kesihatan Dalaman / Keintiman (Hehehe)

Di usia begini mudah letih, dengan anak pelbagai ragam, kerja rumah, kerja pejabat..mak aihh, mmg penat.Dengan pengalaman melahirkan anak seramai 4 orang sudah tentu bahagian intim sedikit sebanyak terjejas..huhuhu, tipu la klu kata tekde effect kan?

Itulah 3 masalah yang aku hadapi sekarang, dan aku tengah berusaha mengatasi dan memperbaiki seadanya tidaklah menjadi anak dara semula, tapi biarlah terjaga sempurna jangan sampai orang mula komplen. Jumpa next entry yer..huhuhu

Pengenalan Dan Berkenalan

Salam,

Aku tak tahu ada org baca ke tak, perasan jer lebey ni. Sebenarnya aku dah ade blog, cuma ianya agak secrective, penuh dengan emosi umpama diary la. Tp dah bersawang kot, aku tak hapdet lagi coz since iman asyik sakit, demam + sawan aku stop. Lagipun dulu format lama, nak tukar template pun susah, biar jadi kenangan aku sendiri dan serta beberapa rakan yang aku invite. Actually, dalam blog kali nih aku mungkin aku hapdet tentang produk kecantikan kulit, petua, penjagaan badan dari testimonial serta perkongsian dari kawan2 aku. 

Maklumlah menginjak di usia 30-an membawa aku menjurumus lebih ke arah penjagaan kulit, badan serta kesihatan. Sebelum ni aku acuh tak acuh je dalam perkara ni, tapi bila satu persatu masalah timbul aku mula sedar belum terlewat untuk aku memulakannya.

So, kita start di entry seterusnya tentang masalah2 dan cara aku menghadapinya.