Wednesday, 29 August 2012

NN Glutamix Glutathione

Entry kali ini adalah kisah pasal produk pemutihan kulit dari dalam iaitu Glutathione. Apa itu Glutathione? boleh tanya pakcik Google, akan ade banyak sumber menceritakan apa itu Glutathione.

Aku mula terjebak dengan penggunaan Glutathione dalam 2 bulan. Ini disebabkan kulit wajah aku telah disahkan menghasilkan pigmentasi yang amat luarbiasa sekali sampai ramai sangat orang tegur, apsal jadi camtu..kenapa, sedih gak sebab aku memang takmo jadi gitu.

Semua ini berlaku selepas aku mula inject meningitis (Vaksin) sewaktu ingin menunaikan ibadah umrah 1433 bulan Mac 2012. Bermula kulit terasa gatal, bila mana berpeluh usah cerita la, miang sekali. Ditambah pula cuaca panas dan peluh di sana membuatkan melanin aku semakin bertambah.

Bila jumpa doktor, katanya sistem pertahanan badan aku lemah, dan aku kena inject steroid utk memperkuatkan sistem imun. Lepas inject, maka hilanglah gatal2, tapi kesan bekas aku garu itu membuatkan aku rasa tak senang hati, seolah2 menjadi lebam.

Maka dengan itu aku mula mencari produk yang dapat menghilangkan tompok gelap akibat penghasilan lebihan melanin, iaitu Glutahione. Rupanya terlalu banyak produk kecantikan berasaskan Glutahione ni, cuma sebelum ni aku memang tak ambil kisah sebab aku tak pernah nak consume mende2 bagi kulit putih ni pasal aku dah puas hati dengan warna kulit aku.

Kadang2 risau gak nak guna produk tempatan,risau akan kandungan unsurnya bahaya atau tak,  maka aku cuba NN Glutamix L-Glutathione. Produk ni dari Cosway.

Nn Glutamix L-Glutahione

Setakat ini aku consume 3 botol, harga bleh tahan la RM88 sebotol sebanyak 30 tablet. Digalakan makan 4 biji sehari 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelum tidur. Masa aku beli kebetulan ade sale, buy 2 free 1. Berbicara soal glutamix ni, aku suka akan rasanya memandangkan ianya tablet kunyahan seperti memamah tablet vitamin C. Kandungan Glutathione dalam Glutamix amat sikit iaitu sekitar 150mg untuk setablet. Sedangkan produk2 lain boleh mencecah hingga 1,000mg - 200,000mg (produk yang diragui kesahihan kandungannya).

Kesannya agak lambat sebab kandungan Gluta yang rendah, agaknya aku kena consume sampai 6 bulan baru nampak hasilnya, cuma boleh dikatakan kesan lebam di bahagian badan agak pudar, cuma kat wajah tu amat payah untuk melihat hasilnya, seolah2 aku tak berbuat apa pun bagi menghilangkan pigmentasi tu.

Jadi aku ingat nak tukar produk lain yang lebih tinggi kandungan Gluta tapi agak risau. Nampaknya kena bersabar dulu dengan Nn Glutamix ni. Untuk produk ini aku rate 2.5 bintang.





10 comments:

  1. salam...

    Saya tengah survey produk pigmentation terjumpa post nie... just nak survey guna lagi tak produk ni berkesan x?

    ReplyDelete
  2. berminat ngn produk nie.cuma hari tu belum ada keluar sijil halal.baru nie ada sijil halal dalam katalognya.kalau nak berkesan ambil dgn vitamin c sekali.

    ReplyDelete
  3. Produk ni xberapa berkesan pada saya. Dah hampir 4 botol saya makan xde apa2 perubahan untuk menghilangkan pigmentasi.

    Sekarang saya guna L-Glutathione keluaran vitahealth, baru beberapa hari try...nanti saya akan bgtau camne testimoninya.

    Pembekal mutiara, mmg saya amalkan skali dengan vitamic c 1000mg (redoxon)...tp mmg xde kesan sgt..cuma rasa pil tu je yg best, cam buah-buahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul kerr produk nie.???
      Tkut utk m'cba t ada kesan sampingan nya..
      Adoi..mampoi aqu.! Tmbh rusak muka q.

      Delete
  4. saya pun tengah makan profuct ni..cme nak tanya, sblm ni time makan, ada effect tak? means, saya prasan sy slalu pening kepala..xtau la sbb xckup air ke apa..ada kesan lain tak?

    ReplyDelete
  5. U guys can try vitamin c felinna...whatsapp me 0128985748 for info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru fikir nk try glutathione. .bila bca komen2 ni hampehh

      Delete
    2. Baru fikir nk try glutathione. .bila bca komen2 ni hampehh

      Delete
  6. Saya pun baru nak cuba dari Cosway GlutaMix atau Pink Lady. Pink Lady pulak product merangkumi kulit, rambut, dalaman wanita. Bg saya produk yg complete tapi harga tu blum mampu lg.Ada kesan sampingan ke Pink Lady ni?

    ReplyDelete
  7. Product ini Saya perna ambil Dan masih mengamalkan...produk ini cuma Tak tolong untuk kulit glowing sahaja tetapi tolong lancarkan haid Saya juga...Dan bagus untuk pulih darah wanita ..

    ReplyDelete