Saturday, 23 November 2013

Babak Sweet Love You Mr Arrogant - Cik Salmah

Meletup gilos drama tu sampai dengan aku skali jadi gila...hehehe. Mana taknya, duk tgk streaming drama tu berulang kali. Maka xlarat nk bukak online aku download full episod drama ni. Last2 bukan aku sorang je kemaruk, anak aku yg berumur 2 dan 5 tahun pun naik angau nak tgk babak2 sweet Zara Amirah dgn Zafriel Irham tu.





Ade lagi beberapa babak sweet yang jadi pilihan iaitu masa Zaara cuci kereta, Irham pura2 mimpi kuda, baca Yaasin, masa Irham mandi kt rumah Zaara, masa Zaara ajak pindah rumah, masa tgk cerita korea, masa kt penang tu...time irham jerit lupa baca doa mandi junub ke?... masa balik dr kampung... "ILike ..."Nanti ade masa terluang, babak2 ni aku akan edit dan upload kat sini... seronok woo..cam real jer...

Walaupun cerita ni hampir 60% tak logik...aku tetap suka...bukan senang woo aku layan cerita melayu ni, dlu org duk bising drama Teduhan Kasih aku xlayan, drama SSID pun xlayan...byk la cerita2 melayu aku xlayan. Cerita LYMA ni pun aku layan episod 18 dah, sbb kawan2 dlm group what apps duk sebut2 sgt, skali kena virus LYMA...jadi biol kejap aku.






Menu Udang Galah

Bapak lama aku xupdate blog kesayanganku ini dek kerja menimbun (padahal buang masa je lebih). Tetiba rasa buang tebiat plak nak kongsi pasal masakan...dari soal kecantikan aku share psl apps telefon, pastu petua anak demam la, storage la..apa melalut dah.

Btw aku nak cerita la satu hari pegi ke Pasar Payang, then masa lalu je area kawasan jual2 ikan tu ternampak la longgokan udang galah, hingga tak tersedar air liur mula meleleh terbayang tomyam udang galah yg kami sekeluarga singgah di Kok Lanas. Mmg mabeles la smpi biras aku yg jenis cerewet psl makan2 ni pun puji selangit.

Dek terliur maka aku mintak la cik abang kesayangan belikan sekilo... hehehe. Harganya RM40 sekilo, kira okey la...sbb byk jugak dpt utk sekilo tu.






Tup2 sampai rumah xjadi wat tomyam, ngegada tol laki aku ni...nak sruh masak lemak cili api. So terpaksa la buat jugak masak lemak, aku ambik separuh utk masak cili api, separuh lg nak masak tomyam.. dan ini lah hasilnya...


Masak Lemak Cili Api
Tomyam Udang Galah



So...apalagi, selamat menjamu selera... resepi tak share kot psl kt google byk dan bleh je cari mcm2 version. Tp aku xde la google..ni resepi blaja dgn mak mertua...simple je..so malu la nak share


Wednesday, 22 May 2013

Penyimpanan Mesin Basuh - Laundry Storage

Pening sungguh memikirkan keadaan dapur aku yang bercampur aduk dengan tempat basuhan pakaian. Bersebelahan dengan kabinet dapur betul2 tepi microwave dan oven pembakar, rasa seperti tak relevan berada di situ, tapi oleh sebab ruang rumah yang terhad terpaksa la plan camtu, lain lah klu modal tebal, leh buat laundry room suku (memang ade angan2 pun), memandangkan pakaian adalah salah satu faktor yg menyebabkan rumah aku bersepah!


Namun begitu akhir2 ini banyak idea yg dicetuskan oleh pereka2 bg menutup tempat basuh pakaian ini. Aku jumpa gambo ni kat home decorating.



Rasanya, utk mereka yg mempunyai rumah yg ruangnya terhad, cara ini lebih praktikal utk dilaksanakan. Emmmm...tp aku tak suka mesin pintu hadapan, sbb xleh sumbat pakaian yg tertinggal..hahaha, ape pun layannn...

Saturday, 11 May 2013

Anak Demam Secara Mendadak - Anak Lelaki Sahaja

Salam,


Posting ni xde kene mengene dgn kecantikan tapi tidak lebih tidak kurang utk berkongsi petua dgn ibu2 yang mempunyai anak lelaki yang sentiasa mengalami demam2 tanpa punca dan suhu panas naik mendadak.


Ini berdasarkan pengalaman aku yg mempunyai sorang hero, anak no-3. Dia kena demam yg mendadak dan sawan seawal 10 bulan. Sbg ibu, mmg cukup runsing apabila anak demam tanpa ade sakit atau tanpa tahu punca tp suhunya tinggi amat. Anak aku klu demam cecah sampai 40-41 darjah, confirm kena sawan.



IMAN DEMAM PANAS


Macam2 cara aku buat, org suruh guna macam2 daun aku ikut, jumpa ustaz dan pengamal perubatan tradisional utk dapatkan air tawar aku dah follow. Klinik usah cakap la, dah kena warded 3 kali akibat sawan demam dia ni..dengan aku skali naik demam.

Last2 Iman jadi patient tetap kat Kuala Terengganu Specialist (KTS) dan doktor yg merawatnya ialah Dr Farid. Bleh kata every month wajib visit dia, kadang..every week, sampai Dr Farid cakap dgn aku, "sya naik trauma tgk nama Izz Iman ni....masalah ape la anak ni".Ubat demam usah cerita la, dah la dia ni payah makan ubat, Dr Farid bg ubat demam titik utk legakan demam. Mmg berkesan, tp abis time je naik balik demam tu.



UBAT DEMAM TITIK(TAHAN SAKIT)

Darah dah check, air kencing check, last2 Dr Farid sarankan aku sunatkan saja si Iman, sbb suspect kencing kotor. Itu punca dia demam panas secara mendadak. Aku dan suami berfikir2, camne la nk sunatkan dia sedangkan dia masa tu umur setahun lebih, susah nk uruskan sbb dia dah reti sakit dan suka meraung plak tu. 

Kami pun decide pergi ke Kuantan dan pergi klinik al-farabi, memandangkan di situ ade khidmat khitan secara laser, jadi luka tak lama. Jumpa je Dr..doktor ckp takyah buat, kesian kt anak, klu nak buat masa betul2 bayi dah besar camni mcm susah, kena tunggu besar jugak!


 IMAM DEMAM


Kami mula putus harap....sehinggalah adik perempuan aku bgtau yg adik ipar dia dulu pernah kena camni, so mak mertua dia urut2 je "bird" adik tu, klu bleh kulit "bird" gosok2 kat hujung masa tgh mandi supaya saluran tak tersumbat dan mengelakkan kuman duduk kat hujung tu.


Aku pun try la buat..Syukur Alhamdulillah ianya amat berkesan!! Iman dah tak demam panas secara mendadak lagi. Klu demam pun, demam-demam biasa je. Klu dulu, asal demam je mmg aku dan suami takleh tido, kena standby kot2 sawan menyerang. Mmg letih sesangat. Dan automatik sawan dia pun hilang. Kali terakhir iman kena sawan masa umur dia dua tahun setengah, sekarang dah 5 tahun. Syukur kepada Allah yang Maha berkuasa.



 YEY!! SAYA DAH SIHAT!!!!!!!


Dan aku tahu petua ini menjadi apabila aku sarankan perkara yang sama kepada kawan dan adik ipar. Anak2 lelaki mereka dah tak demam mendadak lagi. Last sekali aku bgtau, yg ni petua utk anak lelaki je tau! anak perempuan aku tak sure plak nk urut tang mana!!


Monday, 22 April 2013

Vitamin C

Since dah makan glutathione ni, kita disarankan mengambil bersama2 vitamic C untuk mempercepatkan kesan glutathione meresap kepada badan kita.

Antara vitamic C yg aku guna adalah redoxon effervescent 1000mg.



Vitamin C ni jenis letak dlm air dan dia akan larut bersama2 air (macam panadol soluble). Boleh dikatakan jika kita mengamalkan vitamin C ini, kita dpt mengelakkan terkena selsema.

Aku dah amalkan hampir 6 bulan iaitu sebulan sebelum menunaikan haji, alhamdulillah setakat ini pelbagai keadaan cuaca sama ada panas, hujan ke, dgn izin Allah penyakit selsema mmg dpt dielakkan. Klu ade pun bersin sikit2 sahaja dan tidak berlarutan. Selain itu, pengambilan vitamic C juga dikatakan dpt membuatkan kulit cantik. Yang ni aku tak pasti plak, cuma klu kulit kita jenis blackboard (garu kulit skit, kuar warna putih) akan dpt diatasi, once dh makan vitamin C ins shaa Allah tak jadi cam blackboard lagi ..hehehe :)

Sunday, 10 March 2013

Vita Health L-Glutathione

Salam,

Tak habis2 dengan glutathione aku ni, bila la pigmentasi nk hilang. Setakat ni ade la pudar sikit, tp rasanya bukan kesan daripada pengambilan Glutathione ni, tp kesan drp pencuci muka yg aku pakai bagi menggantikan pencuci muka Himalaya.

Aku plak jenis tak sabar dan hangat2 tahi ayam, beli apa2 produk terus nk kesan ajaib. Actually byk produk menjanjikan kesan serta merta tapi tak berani nk cuba. Agak diragui kandungan dan kesan jangka panjang.

Buat masa ni baru je seminggu aku guna Vita Health L-Glutathione.


Aku beli kat farmasi, paket camni la, harga RM150.00. Bila baca cara pemakanan, katanya sebiji skali mkn, tp tak bgtau plak brp kali sehari..setakat ni aku telan sebiji jer sehari, mesti lambat kesannya kan? sebab sebiji pil mengandungi 100mg gluta je.

So aku ingat mulai esok nk makan 2 kali sehari pagi dan malam. Tapi jangan lupa makan dengan vitamin C. Walaupun dlm pil ni dah ade kandungan vitamin C (tak banyak dlm 125mg klu tak silap) tapi badan kita boleh menyingkirkan vitamin C jika terlebih. Lagi elok klu ambik yg 500mg per tablet, if nk consume 2 kali sehari la. Skrg ni aku makan vitamin C yg 1000mg sbb sekali je mkn pil gluta ni.

Btw, baca review org kata nk tengok kesan 3 bulan baru nampak, so kita jumpa lagi 3 bulan yer untuk aku rate produk ni..















Tuesday, 12 February 2013

Android: Apps Yang Best Untuk Wanita

Hahaha....apa nak jadi dgn blog aku, berterabur...dr kisah2 produk kecantikan aku upload gambo telekung sembahyang. Actually gambo telekung tu aku upload utk nak kasi preview kat dealer di indonesia tu. Susah sgt nk upload kat PM Facebook, aku redah letak sini.

Okey, aku straight to the point...refer pada tajuk, sejak2 guna Galaxy Note II semakin menjadi2 kegilaan utk aku explore application yang berguna untuk diri aku. Masa pakai Galaxy Note dulu takde plak jadi gitu...musim kot!!


 


Oh ya, terlebih dahulu aku nk kasitau ape itu android (aku pun tak tahu sgt). Android tu ialah sistem operasi bg smartphone atau tablet (ada lagi device aku aku tak sebut). Klu komputer mostly org pakai window laa...tp telefon pintar ramai pakai android. Pastu dia ade byk version..aku suka, sume nama makanan...
Cupcake,Donut, Frozen Yoghurt, Gingerbread, Honeycomb dan Ice Cream Sandwich (yang aku punya Jellybean). Klu komputer window 98, window 7 dan sekarang window 8...

Apps yang aku maksudkan seperti tajuk di atas ialah My Calendar.
Kat icon phone aku ade cam buku pink ade bunga tu...cute betul!!
Boleh download secara percuma kat Play Store (Google Play).




Bila klik jer icon tu, ini yang kuar (abaikan iklan di atas tu sbb versi percuma biase la ade ads). Dia punya pet tu bleh tukar, ade rabbit dan dog...tp takkan nak letak binatang mughalazzah plak kan? huhuhuhu since dah minat kucing meowww..

Kat situ jelas dia nyatakan bila period kita nak datang. Mnde camni senang bagi period yang teratur, sebab kita kena setting pusingan dan jumlah hari period so dia akan calculate sendiri.Bila period dah datang, sentuh la kat callout tu dan pilih set, begitu juga kalau dah abis, sentuh callout tu balik dan pilih set. If terlepas atau terlupa nak set bleh backward dia punya date.

CALENDAR


Yang ni plak appear bila kita klik kat Calendar. Kotak warna pink tu mean hari period la. dan ade tanda2 bulat merah bintik putih tu adalah proses ovulasi dan yang takde bintik putih adelah hari yang subur. Kalau tgk kat situ 19hb Feb 2013 aku subur...kena jaga2 la, kang tak pasal2 izzah dpt adik..hehehehe..

Yang ade tanda love tu plak adalah ehem..ehem..hahaha...mmg aku akan tanda jugak nak kira byk mana utk sebulan dan setahun. HAHAHA.

 CALENDAR ENTRY

Yang ni plak kuar bila kita klik Note. Klu nak tanda hari yg kita ehemm..ehem.. tick Intercourse tu. Weight dan Tempreture tu adelah utk create chart/graf. Tapi aku malas nk ambik suhu pagi dan timbang berat badan...so ignore la, since dgn suhu badan kita tahu waktu subur..kira caya kat calculation dia je sbb period aku teratur gitu.


ADD SYMPTOM

Ini adelah icon2 bila kita nak masukkan symptom2 sewaktu period. Macam2 la simptom2 yang seorang perempuan alami sewaktu kedatangan haid ni.

ADD MOOD

Ini plak icon utk mood...bleh masukkan aje mood kita sehari2. Kalau rajin laa..kekadang ade gak aku masukkan note je utk catatkan peristiwa, bleh refer kat Calendar Entry tadi, automatik dia jadi cam diary.

Untuk pengetahuan, My Calendar ini juga boleh ditukarkan ke Mode Pregnancy...bagi aku ia sungguh berguna untuk panduan kita, if sesapa yg guna smartphone yg OS Android khususnya perempuan...sy recommend apps ni sesangat.












Sunday, 27 January 2013

Telekung Solat 2


Pandangan Sisi



 Pandangan Belakang

Close Up

Telekung Solat 1




Telekung Cotton Vicose



Telekung Vicose (dari belakang)

(pandangan sisi)

Saturday, 12 January 2013

Eucerin Washlotion

Tadaa..lama tak apdet, maklum le semenjak akhir2 ni kami sekeluarga tergila2kan durian crepe. Ahakss, tak pasal2 dlm blog kecantikan cerita kisah makanan..nampak gaya aku kena tukar theme blog ni yg menceritakan pasal semua lah..all about life kot!! General sket, takyah nak specific atas produk kecantikan je so takde la boring sgt.

Kena pulak akhir2 ni aku jarang tukar2 produk penjagaan kulit since kulit muka takde problem sesangat. Setakat singgah sebijik jerawat sebulan tu tak dikisahkan sangat la katakan

Banyak celoteh plak aku, now aku nk story pasal Eucerin Washlotion ni.



Sebenarnya dulu2 pernah tgk iklan Eucerin ni, model jepun tapi itu untuk skincare la, tatau plak produk ni byk range dia. Ade lotion badan, lip balm dan mcm2 jugak la.

Mula terjebak akibat terpengaruh dengan my bro in law. My niece, kulitnya sensitif yg amat, so paediatric dia suggest guna mandian Eucerin ni. Before this, guna macam2 la termasuk sebamed tak menjadi at last guna Eucerin ni bukan setakat takde masalah kulit, malahan kulit jadi smooth and soft gitu.

Kemudian aku pun beli la untuk my dotter skali. Disebabkan aku amat jeles dengan kelembutan kulit dotter aku tu makanya aku pun beli la skali untuk diri aku..hahaha

Baunya sungguh wangi dan segar, harga bleh tahan mahal gak la. Aku telah haramkan anak2 aku yang lain menggunakan mandian Eucerin ni selain si izzah je yg bleh guna. Kadang2 aku gunakan sekali untuk si iman, sebab iman jugak kulit sensitif cuma kadang2 tu iman aku lebih suka berikan dia Cetaphil + Dettol.

Eucerin ni juga boleh digunakan untuk mencuci muka, aku pernah buat cuma bila dah biasa pakai kat badan, rasa janggal plak nak basuh kat muka skali. Kira ok lah untuk wajah. Apapun mandian ini best, aku still guna sampai sekarang...almost 2 years.