Saturday 11 May 2013

Anak Demam Secara Mendadak - Anak Lelaki Sahaja

Salam,


Posting ni xde kene mengene dgn kecantikan tapi tidak lebih tidak kurang utk berkongsi petua dgn ibu2 yang mempunyai anak lelaki yang sentiasa mengalami demam2 tanpa punca dan suhu panas naik mendadak.


Ini berdasarkan pengalaman aku yg mempunyai sorang hero, anak no-3. Dia kena demam yg mendadak dan sawan seawal 10 bulan. Sbg ibu, mmg cukup runsing apabila anak demam tanpa ade sakit atau tanpa tahu punca tp suhunya tinggi amat. Anak aku klu demam cecah sampai 40-41 darjah, confirm kena sawan.



IMAN DEMAM PANAS


Macam2 cara aku buat, org suruh guna macam2 daun aku ikut, jumpa ustaz dan pengamal perubatan tradisional utk dapatkan air tawar aku dah follow. Klinik usah cakap la, dah kena warded 3 kali akibat sawan demam dia ni..dengan aku skali naik demam.

Last2 Iman jadi patient tetap kat Kuala Terengganu Specialist (KTS) dan doktor yg merawatnya ialah Dr Farid. Bleh kata every month wajib visit dia, kadang..every week, sampai Dr Farid cakap dgn aku, "sya naik trauma tgk nama Izz Iman ni....masalah ape la anak ni".Ubat demam usah cerita la, dah la dia ni payah makan ubat, Dr Farid bg ubat demam titik utk legakan demam. Mmg berkesan, tp abis time je naik balik demam tu.



UBAT DEMAM TITIK(TAHAN SAKIT)

Darah dah check, air kencing check, last2 Dr Farid sarankan aku sunatkan saja si Iman, sbb suspect kencing kotor. Itu punca dia demam panas secara mendadak. Aku dan suami berfikir2, camne la nk sunatkan dia sedangkan dia masa tu umur setahun lebih, susah nk uruskan sbb dia dah reti sakit dan suka meraung plak tu. 

Kami pun decide pergi ke Kuantan dan pergi klinik al-farabi, memandangkan di situ ade khidmat khitan secara laser, jadi luka tak lama. Jumpa je Dr..doktor ckp takyah buat, kesian kt anak, klu nak buat masa betul2 bayi dah besar camni mcm susah, kena tunggu besar jugak!


 IMAM DEMAM


Kami mula putus harap....sehinggalah adik perempuan aku bgtau yg adik ipar dia dulu pernah kena camni, so mak mertua dia urut2 je "bird" adik tu, klu bleh kulit "bird" gosok2 kat hujung masa tgh mandi supaya saluran tak tersumbat dan mengelakkan kuman duduk kat hujung tu.


Aku pun try la buat..Syukur Alhamdulillah ianya amat berkesan!! Iman dah tak demam panas secara mendadak lagi. Klu demam pun, demam-demam biasa je. Klu dulu, asal demam je mmg aku dan suami takleh tido, kena standby kot2 sawan menyerang. Mmg letih sesangat. Dan automatik sawan dia pun hilang. Kali terakhir iman kena sawan masa umur dia dua tahun setengah, sekarang dah 5 tahun. Syukur kepada Allah yang Maha berkuasa.



 YEY!! SAYA DAH SIHAT!!!!!!!


Dan aku tahu petua ini menjadi apabila aku sarankan perkara yang sama kepada kawan dan adik ipar. Anak2 lelaki mereka dah tak demam mendadak lagi. Last sekali aku bgtau, yg ni petua utk anak lelaki je tau! anak perempuan aku tak sure plak nk urut tang mana!!


No comments:

Post a Comment