Sunday 16 February 2014

Jantina bayi lelaki dan perempuan mengikut teori Ibnu Sina

Saya sudah 12 minggu!! Anak ke-5, tiba terasa nak tau anak lelaki ke pompuan, kekadang tu berharap jugak dpt boy, bleh jd kawan Si Iman. Yg penting skrg ni anak yg dikandung biarlah sihat sempurna.
Di sini sy ade share teori Ibnu Sina, di ambik dr FB Page Persatuan Ibu Mengandung. Antara teori2 yg diberi, saya tak nampak lg semua ciri2nya..takpe, sabar je la...
Info ini diperolehi dari buku 'Petua-petua Ibnu Sina untuk kaum wanita' oleh Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah. Buku ini banyak menerangkan mengenai ciri-ciri anak lelaki berbanding perempuan. Ibnu Sina merupakan pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M. Pendapatnya mungkin lebih dipengaruhi dengan masyarakat Timur Tengah.

Penyebab jantina lelaki :

1. Berpunca daripada air mani lelaki.
2. Jumlah air mani yang banyak.
3. Pengaliran air mani dari sebelah kanan.
- Air mani di sebelah kanan lebih panas
4. Air mani yang berpunca daripada buah pinggang sebelah kanan
5. Mudah berlaku jika daripada air mani lelaki yang muda, bukan remaja atau tua.
6. Air mani datang dari sebelah kanan lelaki dan menuju ke arah sebelah kanan wanita.

Penyebab jantina perempuan :

1. Air mani sebelah kiri lelaki menuju ke sebelah kiri wanita.

Tanda-tanda anak lelaki :

1. Darah wanita yang mengandung anak lelaki lebih panas berbanding mengandung anak perempuan.
2. Mempunyai warna kulit yang lebih elok.
3. Lebih banyak pergerakan.
4. Keadaan kulit yang lebih bersih.
5. Nafsu makan yang lebih betul.
6. Gejala tubuh yang lebih terkawal.
7. Terasa berat di bahagian kanan tubuh.
8. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.
9. Perubahan warna puting susu payudara berlaku dari sebelah kanan.
- Air susu akan mula keluar dari sebelah kanan.
- Air susu tersebut bersifat tebal dan lekit.
10. Air susu seperti raksa (merkuri) jika dititis di atas cermin dan dipancarkan ke arah matahari.
11. Puting susu akan membesar kemerah-merahan.
12. Salur-salur darah pada kaki ibu mengandung berwarna merah, bukannya hitam.
13. Denyutan nadi pada kaki kanan ibu mengandung berkeadaan lebih kuat dan penuh (dengan darah).
14. Wanita mengandung akan memulakan pergerakannya dengan kaki kanan terlebih dahulu.
15. Ketika bangun, wanita mengandung bergantung kepada tangan kanannya.
16. Pergerakan mata kanan wanita mengandung lebih ringan dan cepat.
17. Janin lelaki akan mula bergerak selepas tiga bulan.
18. Air liur wanita mengandung menjadi manis.
19. Nifas selama 25 hingga 30 hari.

Tanda-tanda anak perempuan :

1. Janin perempuan akan mula bergerak selepas empat bulan.
2. Air liur wanita mengandung menjadi pahit.
3. Nifas selama 35 hingga 40 hari.

Sumber :
Buku 'Petua-petua Ibnu Sina untuk kaum wanita' oleh Dr. Mohd Hilmi b. Abdullah.

No comments:

Post a Comment