Tuesday, 6 May 2014

Scan/Ultrasound 3D/4D Di Kuala Terengganu

Ni kali ke 7 aku preggy...wow!! hehehe, tp 2 keguguran means ni anak ke-5 bakal dilahirkan. Walaupun dah byk kali melalui pengalaman mengandung, bersalin (semua secara normal- Alhamdulillah) tapi setiap kandungan melalui rasa dan pengalaman yg berbeza2 dan hakikat tetap sama ialah berdebar2, risau dan takut.

Setakat ni malas nak cerita pengalaman mengandung ni, sbb tajuk pong pasal scan/ultrasound 3D/4D. Anak ke-4 dilahirkan 21/8/2011, masa tu kat ganu xde lg scan2 canggih2 ni. Yg ade 2D tu je laa...even si no 4 mmg selalu follow up kehamilan di KTS kira tempat abis hebat dah tu pong xde lg sediakan service tersebut.

So tahun ni dikurniakan rezeki lagi, aku pong apalagi..mula usha2 klinik2 yg buat scan 3D/4D ni. Tak lama lepas lahirkan si izzah (no 4) KTS dah sediakan perkhidmatan tersebut, tp bile dah jd hajjah ni, aku try avoid jumpa gynae/Dr lelaki. Satu lagi di Pusat Perubatan Intan, masa monthly check-up ari tu 19 weeks aku tnya la Dr waktu2 yg bersesuaian utk scan 3D ni. Dr bgtau dlm 22-30 weeks, klu baby besar sgt payah jugak nak view coz air ketuban dah kurang dan padat je rahim kita masa tu. Jadi aku pun pujuk hati bersabar tggu 23 weeks nk scan nnt.

Sementara menunggu tu ade kawan bgtau kat Klinik Famili ade buat promotion scan 3D/4D RM80 jer, aku pong ape lagi mmg dah tau kat mana klinik tu, masuk je 23 weeks aku ajak hubby gi makan nasi ayam dekat dgn klinik tu (restoren nasi ayam nurul iman, port nasi ayam kitaorang dlu2 lagi sblm kawin since 1998). Sudah je mkn terus buat appointment utk scan.


Klinik Famili

Tiba masa scan, org mmg takde..aku pilih hari bekerja dlm kol 11...mmg syok aa, hanya aku patient yg ade, so mmg dpt perhatian penuh la..ewahh!! Dan ini lah hasilnya...


Celah Kangkang...See what i see??

Memula Doktor buat 2D dulu, nak tgk gender...mmg jumpa terus si baby tunjuk...hehehe


Main2 Jari
 Masa tengok tu rasanya aku tak abis2 tersengih2, puas Dortor pujuk suruh pusing tetap dia duk menten camtu gak.

Masih Main2 Kira2 Jari



Tulang Belakang



Doktor Tanya "Tgh fikir psl ape tu?"



Muka Macam Abg Iman Je

Bila Dr nak shoot 3D kt gender dia xnak tunjuk...terus kepit, tp bila tukar ke 2D dia tunjuk balik..hehehe, nakal anak ummi ni. Dan yg paling klakar, baby aku ni tak henti2 bergerak...dia sepak, dia tumbuk sampai berombak2 perut aku dan Dr pong naik gelak...aktif sungguh.

Ni video plak:



Tak pasti leh bukak ke tak vids ni...huhuhu...tapi apa yg aku bleh cakap mmg puas hati la pergi Klinik Famili ni. Time tak promosi RM120.00, masih murah dari KTS dan Pusat Perubatan Intan pun dlm range camni jugak. Sape2 berminat nk ke klinik ni amat2 saya rekemen, Doktor sungguh mesra dan berpengalaman.

Boleh Contact:

Phone(O) 096242006 (HP) 0192282006
Emailfamili.klinik@yahoo.com

Saturday, 29 March 2014

Nurbeautyline Soy Collagen My Testimoni

Lama dah aku tak update pasal testimoni produk2 penjagaan kecantikan. Malas teramat sgt nk taip.

Ok, ari ni nak cerita pasal soy collagen keluaran nurbeautyline, btw sebelum ni aku ade consume herbalife, minum shake, teamix dan pil omega tu. Tak serius mana sgt consume herbalife ni sbb ianya product diet/nutrisi. Rasanya nutrisi aku cukup..nak berdiet sangat takde la gumuk sangat..kurus kering en hubby tak suka.Consume lebih kurang je,cuma suka laa herbalife ni, makan la makanan byk mana pong..berat menten je..huhuhu.

Melalut cerita sal herbalife, so proceed pada Soy Collagen ni. Dulu pernah gak minum soy collagen, masa tu dia ade 2 jenis. Yg biasa dan premium. Aku consume yg premium, lebih skit kandungan kolagen dan lebih bayarannya. Ade la minum dekat2 2 bulan aku stop..biasa la, jenis cepat jemu. Tp mmg bagus laa aku cakap, kulit jadi smooth gitu, gebu sangat2...tp kenapa ntah aku stop?? Rugi plak rasanya, huhuhu.

Soy Collagen Premium (Old Packaging)


Aku minum yg original flavor, bukan coklat. Rasanya sangatlah beshh!! seperti korang buh full cream milk+air kotak soya tu, emm yummy...mmg suka sgt2. Aku minum pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur. Lagi satu soy collagen ni org preggy pon bleh minum tau..ni kisah 3 tahun lepas okey..hehehe

Disebabkan aku preggy sekarang, aku pong mula teringat kt soy collagen ni. Herbalife aku stop laa, xberani nak proceed. Masa nak beli tu sume dah bertukar wajah, aku mula kalut, xreti dah nak beli yg mana satu, cuma ari tu teringat yg premium je.

Soy Collagen Premium (New Packaging)

Masa pergi kat kiosk barang2 kecantikan tu, aku double confirmkan dulu dengan penjual kat situ, betul ke org preegy bleh minum ni? pastu budak yg jual tu tanya, "akak dah lama mana mengandung?" aku jawab laa baru je masuk 3 bulan. So dia xadvice aku beli yg premium, dia kta klu 7 bulan ke atas boleh laa kak... jadi kena minum yang biasa tu je.


Soy Collagen 

So aku beli seperti kat gambar di atas, ade promosi 3 kotak RM60, aku mintak kurang dia bagi RM58 jer..huhuhu. Packaging baru ni cantik skit pastu dia ade cam penambahan kalsium dan vitamin C. Kira ok laa..rasa pon xubah cam dulu2 jugak. Dah hampir 2 bulan minum ni..aku malas nk minum susu ibu mengandung, kira replace dgn mnde alah ni pon dh cukup, ade kalsium kan tu..hihihi

Minum ni, aku xde masalah cramp kaki, dlu 4 kali preggy klu time mengeliat confirm kena serang cramp kaki..sakit woo. Pastu masa cek HB plak mak aih, 13.8...pekatnya darah aku, setahu aku range HB utk ibu mengandung 11-12 je, ni terlebih plak dah. Minum air gula, syukur xde GDM...B/P tinggi pong xde, sama jer cam preggy anak sulung dulu, cuma letih laa preggy tua2 ni.

Dr segi kesan, kulit mmg lembut gitu, kulit muka licin.. pori2 mengecil dan kurang berminyak,kulit badan sume rasa smooth dan gebu, best sangat.. tp masih xmampu utk mengawal pertumbuhan jerawat. Kalau tangan tu, sapu je losyen, fuyoo...cam tangan anak dara je rasanya (perasan betol aku..hahaha). Xde kedut2 cakap nko...

Masih spt dulu, amalkan 2 kali sehari..pg dan malam, perut kena kosong tau..

Sunday, 16 February 2014

Jantina bayi lelaki dan perempuan mengikut teori Ibnu Sina

Saya sudah 12 minggu!! Anak ke-5, tiba terasa nak tau anak lelaki ke pompuan, kekadang tu berharap jugak dpt boy, bleh jd kawan Si Iman. Yg penting skrg ni anak yg dikandung biarlah sihat sempurna.
Di sini sy ade share teori Ibnu Sina, di ambik dr FB Page Persatuan Ibu Mengandung. Antara teori2 yg diberi, saya tak nampak lg semua ciri2nya..takpe, sabar je la...
Info ini diperolehi dari buku 'Petua-petua Ibnu Sina untuk kaum wanita' oleh Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah. Buku ini banyak menerangkan mengenai ciri-ciri anak lelaki berbanding perempuan. Ibnu Sina merupakan pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M. Pendapatnya mungkin lebih dipengaruhi dengan masyarakat Timur Tengah.

Penyebab jantina lelaki :

1. Berpunca daripada air mani lelaki.
2. Jumlah air mani yang banyak.
3. Pengaliran air mani dari sebelah kanan.
- Air mani di sebelah kanan lebih panas
4. Air mani yang berpunca daripada buah pinggang sebelah kanan
5. Mudah berlaku jika daripada air mani lelaki yang muda, bukan remaja atau tua.
6. Air mani datang dari sebelah kanan lelaki dan menuju ke arah sebelah kanan wanita.

Penyebab jantina perempuan :

1. Air mani sebelah kiri lelaki menuju ke sebelah kiri wanita.

Tanda-tanda anak lelaki :

1. Darah wanita yang mengandung anak lelaki lebih panas berbanding mengandung anak perempuan.
2. Mempunyai warna kulit yang lebih elok.
3. Lebih banyak pergerakan.
4. Keadaan kulit yang lebih bersih.
5. Nafsu makan yang lebih betul.
6. Gejala tubuh yang lebih terkawal.
7. Terasa berat di bahagian kanan tubuh.
8. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.
9. Perubahan warna puting susu payudara berlaku dari sebelah kanan.
- Air susu akan mula keluar dari sebelah kanan.
- Air susu tersebut bersifat tebal dan lekit.
10. Air susu seperti raksa (merkuri) jika dititis di atas cermin dan dipancarkan ke arah matahari.
11. Puting susu akan membesar kemerah-merahan.
12. Salur-salur darah pada kaki ibu mengandung berwarna merah, bukannya hitam.
13. Denyutan nadi pada kaki kanan ibu mengandung berkeadaan lebih kuat dan penuh (dengan darah).
14. Wanita mengandung akan memulakan pergerakannya dengan kaki kanan terlebih dahulu.
15. Ketika bangun, wanita mengandung bergantung kepada tangan kanannya.
16. Pergerakan mata kanan wanita mengandung lebih ringan dan cepat.
17. Janin lelaki akan mula bergerak selepas tiga bulan.
18. Air liur wanita mengandung menjadi manis.
19. Nifas selama 25 hingga 30 hari.

Tanda-tanda anak perempuan :

1. Janin perempuan akan mula bergerak selepas empat bulan.
2. Air liur wanita mengandung menjadi pahit.
3. Nifas selama 35 hingga 40 hari.

Sumber :
Buku 'Petua-petua Ibnu Sina untuk kaum wanita' oleh Dr. Mohd Hilmi b. Abdullah.