Salam,
Tak habis2 dengan glutathione aku ni, bila la pigmentasi nk hilang. Setakat ni ade la pudar sikit, tp rasanya bukan kesan daripada pengambilan Glutathione ni, tp kesan drp pencuci muka yg aku pakai bagi menggantikan pencuci muka Himalaya.
Aku plak jenis tak sabar dan hangat2 tahi ayam, beli apa2 produk terus nk kesan ajaib. Actually byk produk menjanjikan kesan serta merta tapi tak berani nk cuba. Agak diragui kandungan dan kesan jangka panjang.
Buat masa ni baru je seminggu aku guna Vita Health L-Glutathione.
Aku beli kat farmasi, paket camni la, harga RM150.00. Bila baca cara pemakanan, katanya sebiji skali mkn, tp tak bgtau plak brp kali sehari..setakat ni aku telan sebiji jer sehari, mesti lambat kesannya kan? sebab sebiji pil mengandungi 100mg gluta je.
So aku ingat mulai esok nk makan 2 kali sehari pagi dan malam. Tapi jangan lupa makan dengan vitamin C. Walaupun dlm pil ni dah ade kandungan vitamin C (tak banyak dlm 125mg klu tak silap) tapi badan kita boleh menyingkirkan vitamin C jika terlebih. Lagi elok klu ambik yg 500mg per tablet, if nk consume 2 kali sehari la. Skrg ni aku makan vitamin C yg 1000mg sbb sekali je mkn pil gluta ni.
Btw, baca review org kata nk tengok kesan 3 bulan baru nampak, so kita jumpa lagi 3 bulan yer untuk aku rate produk ni..