Tuesday 6 May 2014

Scan/Ultrasound 3D/4D Di Kuala Terengganu

Ni kali ke 7 aku preggy...wow!! hehehe, tp 2 keguguran means ni anak ke-5 bakal dilahirkan. Walaupun dah byk kali melalui pengalaman mengandung, bersalin (semua secara normal- Alhamdulillah) tapi setiap kandungan melalui rasa dan pengalaman yg berbeza2 dan hakikat tetap sama ialah berdebar2, risau dan takut.

Setakat ni malas nak cerita pengalaman mengandung ni, sbb tajuk pong pasal scan/ultrasound 3D/4D. Anak ke-4 dilahirkan 21/8/2011, masa tu kat ganu xde lg scan2 canggih2 ni. Yg ade 2D tu je laa...even si no 4 mmg selalu follow up kehamilan di KTS kira tempat abis hebat dah tu pong xde lg sediakan service tersebut.

So tahun ni dikurniakan rezeki lagi, aku pong apalagi..mula usha2 klinik2 yg buat scan 3D/4D ni. Tak lama lepas lahirkan si izzah (no 4) KTS dah sediakan perkhidmatan tersebut, tp bile dah jd hajjah ni, aku try avoid jumpa gynae/Dr lelaki. Satu lagi di Pusat Perubatan Intan, masa monthly check-up ari tu 19 weeks aku tnya la Dr waktu2 yg bersesuaian utk scan 3D ni. Dr bgtau dlm 22-30 weeks, klu baby besar sgt payah jugak nak view coz air ketuban dah kurang dan padat je rahim kita masa tu. Jadi aku pun pujuk hati bersabar tggu 23 weeks nk scan nnt.

Sementara menunggu tu ade kawan bgtau kat Klinik Famili ade buat promotion scan 3D/4D RM80 jer, aku pong ape lagi mmg dah tau kat mana klinik tu, masuk je 23 weeks aku ajak hubby gi makan nasi ayam dekat dgn klinik tu (restoren nasi ayam nurul iman, port nasi ayam kitaorang dlu2 lagi sblm kawin since 1998). Sudah je mkn terus buat appointment utk scan.


Klinik Famili

Tiba masa scan, org mmg takde..aku pilih hari bekerja dlm kol 11...mmg syok aa, hanya aku patient yg ade, so mmg dpt perhatian penuh la..ewahh!! Dan ini lah hasilnya...


Celah Kangkang...See what i see??

Memula Doktor buat 2D dulu, nak tgk gender...mmg jumpa terus si baby tunjuk...hehehe


Main2 Jari
 Masa tengok tu rasanya aku tak abis2 tersengih2, puas Dortor pujuk suruh pusing tetap dia duk menten camtu gak.

Masih Main2 Kira2 Jari



Tulang Belakang



Doktor Tanya "Tgh fikir psl ape tu?"



Muka Macam Abg Iman Je

Bila Dr nak shoot 3D kt gender dia xnak tunjuk...terus kepit, tp bila tukar ke 2D dia tunjuk balik..hehehe, nakal anak ummi ni. Dan yg paling klakar, baby aku ni tak henti2 bergerak...dia sepak, dia tumbuk sampai berombak2 perut aku dan Dr pong naik gelak...aktif sungguh.

Ni video plak:



Tak pasti leh bukak ke tak vids ni...huhuhu...tapi apa yg aku bleh cakap mmg puas hati la pergi Klinik Famili ni. Time tak promosi RM120.00, masih murah dari KTS dan Pusat Perubatan Intan pun dlm range camni jugak. Sape2 berminat nk ke klinik ni amat2 saya rekemen, Doktor sungguh mesra dan berpengalaman.

Boleh Contact:

Phone(O) 096242006 (HP) 0192282006
Emailfamili.klinik@yahoo.com